Home GAYA HIDUP Rosyam Kata Wanita ‘Selalu Lambat’, Rina Pertahan Kaumnya

Rosyam Kata Wanita ‘Selalu Lambat’, Rina Pertahan Kaumnya

KUALA LUMPUR: Benarkah wanita gemar bangun lewat? Lebih-lebih lagi ketika di hari cuti?

Dengarnya Datuk Rosyam Noor juga seolah-olah mengakui tabiat yang kononnya dikaitkan dengan golongan wanita ini?

Eh jangan risau!

Itu semua gimik je.

Sebenarnya itu hanya kata-kata semangat Datuk Rosyam untuk mempelawa semua usahawan wanita menyertai Program Keusahawanan Wanita Bangkit anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang bermula esok, Selasa 12 September di World Trade Centre (WTC).

Program ini bertujuan memupuk semangat golongan wanita yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan untuk mencapai kejayaan.

Bak kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun;

“Di sebalik kejayaan seorang wanita, belum tentu ada seorang lelaki di sisinya,” kata Rina di hantaran di Instagram.

NO COMMENTS

Exit mobile version