​PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengarahkan Perikatan Nasional (PN) memberikan penjelasan berhubung aduan yang dikemukakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kepada jabatan berkenaan.
​Menurut ROS, satu notis di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) bertarikh 22 September 2026 telah dikeluarkan kepada pihak PN bersama tempoh munasabah untuk memberikan jawapan.
​Bagaimanapun, pihak jabatan menegaskan bahawa pengeluaran notis tersebut bukanlah satu keputusan pembatalan pendaftaran parti, sebaliknya bertujuan mendapatkan penjelasan lanjut.
​Dalam perkembangan berkaitan, susulan daripada pengeluaran notis terbabit, ROS turut mengenakan perintah penggantungan di bawah subseksyen 13(2A) Akta 832 yang membekukan semua kegiatan Perikatan Nasional berkuat kuasa pada 23 September 2026.
“​Langkah penggantungan itu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu pada Khamis.
​Sehubungan itu, ROS menyeru semua pihak agar sentiasa merujuk kepada maklumat rasmi daripada jabatan serta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.










