Rasuah Jana Wibawa – SPRM tahan pegawai sendiri, buru ‘Datuk Roy’

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawainya dan tiga lagi individu termasuk seorang wanita, pada Khamis lalu, kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan kes program Jana Wibawa.

Wanita berkenaan sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga lagi suspek sedang berada dalam reman hingga esok.

SPRM kini sedang mengesan seorang lelaki dikenali ‘Datuk Roy’ yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan.

Lelaki itu yang berusia lingkungan 50-an sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan yang dilakukan itu.

“SPRM sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak, termasuk pegawai sendiri sekiranya terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,” katanya. –BERNAMA

BBerkaitan

Latest articles