Ramai Yang Sayang UMNO, Tapi Pilih Sokong PN Kerana Tiada Perubahan

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO hari ini menggesa kepimpinan parti sedar dengan perubahan yang dimahukan seluruh ahli akar umbi jika ia mahu kembali mendapat sokongan dan dokongan

Ketuanya, Dr Akmal Saleh juga tidak menolak ramai orang Melayu yang menjurus kepada Perikatan Nasional (PN) selepas mereka melihat tiada sebarang tindakan diambil pemimpin UMNO untuk menjadikan ia kembali relevan.

“Kerana saya percaya, rata-rata orang Melayu masih sayangkan UMNO tetapi kepercayaan mereka terhadap UMNO berkurangan atas sebab-sebab yang perlu pemimpin UMNO berani untuk lakukan perubahan.

“Jika perubahan yang dilakukan kena pada kemahuan orang Melayu, insya-Allah UMNO akan mendapat kepercayaan seperti sebelum ini,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Mengambil contoh kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang mana hampir 70 peratus pengundinya terdiri daripada orang Melayu, Dr Akmal yakin bahawa UMNO masih mempunyai tempat di hati orang Melayu.

“PAS juga pernah mengalami kekalahan teruk sebelum ini, tetapi kita tidak pernah menyatakan bahawa PAS umpama kanser.

“Adalah adat sesebuah parti politik, mesti ada naik dan turun,” jelasnya.

BBerkaitan

Latest articles