Rafizi Jangan Memandai-mandai – Akmal

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) tidak ada hak untuk menentukan pertimbangan dan keputusan dalam hal pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mengingatkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa hak untuk mengurniakan pengampunan diraja adalah sepenuhnya di bawah kuasa di bawah Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Sehubungan itu PH diminta hormat dengan apa jua keputusan YDPA terhadap permohonan pengampunan diraja terhadap Najib.

Bahkan UMNO mengambil sikap yang serupa dalam menjunjung keputusan YDPA mengurniakan pengampunan diraja terhadap Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu.

“Hak untuk pengampunan diraja adalah hak Yang Dipertuan Agong,bukan hak pakatan harapan.

“Bagaimana kita menghormati keputusan Yang Dipertuan Agong memberikan pengampunan diraja kepada Anwar Ibrahim,begitu juga pakatan harapan perlu menghormati apa sahaja keputusan YDP Agong terhadap Dato Sri Najib.

“Jangan memandai-mandai. Noktah,” katanya.

Akmal turut melampirkan kenyataan Rafizi semalam bahawa PH kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju pengampunan diberikan kepada Najib.

Bagaimanapun, beliau berkata, PH tidak mencampuri urusan berkaitan pengampunan tersebut.

BBerkaitan

Latest articles