PRU16: Bandar Tun Razak Jadi ‘Pelan Penyelamat’ Politik Nurul Izzah?

KUALA LUMPUR: Spekulasi mengenai kemunculan semula Nurul Izzah Anwar di pentas Parlimen semakin rancak apabila kerusi Bandar Tun Razak disebut-sebut bakal menjadi medan baharu buat beliau pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurut beberapa sumber dalaman PKR, perpindahan itu dikatakan sedang dipertimbang sebagai langkah strategik bagi memastikan anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kembali ke Dewan Rakyat selepas tewas di Permatang Pauh pada PRU lalu.

Malah, terdapat dakwaan bahawa Datuk Wan Azizah Wan Ismail mungkin tidak lagi mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada anaknya meneruskan legasi keluarga di kawasan berkenaan.

Bandar Tun Razak dilihat antara kerusi paling sesuai memandangkan ia kekal menjadi kubu kuat PKR sejak 2008, selain mempunyai jaringan akar umbi yang kukuh di bawah kepimpinan cabang parti di kawasan itu.

Walaupun tiada pengesahan rasmi dibuat setakat ini, kenyataan pimpinan cabang yang mengalu-alukan kehadiran Nurul Izzah terus menguatkan lagi cakap-cakap bahawa “misi membawa pulang Izzah ke Kuala Lumpur” mungkin sudah pun bermula di belakang tabir.

BBerkaitan

Latest articles