Pusat Hiburan, Pub Dan Bar Tidak Dibenarkan Beroperasi

Pusat hiburan seperti pub, bar dan seumpamanya tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakon berkata, ini kerana premis seperti itu disenaraikan sebagai negatif dan di bawah senarai larangan beroperasi.

“Mereka tidak dibenarkan beroperasi, jika ada premis didapati beroperasi, pihak berkuasa tempatan seperti DBKL akan dimaklumkan untuk mengambil tindakan menutup premis berkenaan.

“Tidak ada kompromi,” kata beliau.

Selain daripada pusat hiburan, beliau berkata sekolah swasta dan sekolah antarabangsa juga disenaraikan dalam kategori dilarang beroperasi dan tidak dibenarkan dibuka sepanjang PKPB.

“Jika ia Sekolah Kebangsaan menengah atau rendah termasuk sekolah swasta dan sekolah antarabangsa jika ia berada di Malaysia mereka perlu patuh pada peraturan kerana tidak ada sekolah diberi kebenaran untuk dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan media ada aduan bahawa ada sekolah swasta telah dibuka dan beroperasi pada masa ini.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Pelajaran akan menyiasat perkara itu dan jika ada sekolah dikenalpasti beroperasi ia akan diarahkan untuk tutup. – TRI

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini