PRK Chini: Najib Bantu Kempen Calon BN

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak turut membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Chini, Mohd Sharim Md Zain dengan mendekati masyarakat Orang Asli menerusi program Ziarah Kasih Batin Manda di Kampung Orang Asli Bendaling, Chini.

Malah bekas Pengerusi BN itu turut mendekati masyarakat Orang Asli Kanpung Tasik Mentiga, Chini dan penyerahan borang keahlian baru Ibu Tunggal DUN Chini di Dewan Semai Bakti Felda Chini 5.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dijadualkan berada di Chini selama tiga hari.

Najib dalam pada itu meminta bantuan elektrik segera disalurkan ke perkampungan Orang Asli dimana projek saluran bekalannya terhenti akibat penularan Covid-19 sejak penghujung tahun lalu.

“Saya sudah hubungi Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah untuk memastikan Tenaga Nasional Berhad untuk bekalkan elektrik sebab tiang elektrik sudah dipasang.

“Malah menteri turut mengarahkan TNB buat kerja serta merta supaya elektrik sampai ke rumah Orang Asli,” katanya sebagaimana memetik laporan Malaysia Gazette.

Sementara itu Najib menaruh harapan Mohd Sharim akan menang dalam pilihan raya berkenaan dan menyumbang bakti seperti yang dilakukan Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar.

BBerkaitan

Latest articles