Prestasi Semua Menteri Capai 90 Peratus, Perlu Bersama Padu Tenaga Dengan Penjawat Awam

 

KUALA LUMPUR: Meskipun prestasi keseluruhan menteri bagi tempoh 100 hari masih belum mencapai 100 peratus, namun ia tetap menggambarkan komitmen tinggi kerajaan untuk menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sesetengah prestasi tidak boleh dinilai daripada kaji selidik semata-mata dan peratusan yang dicapai itu bukan alasan untuk tidak mendabik dada.

Sebaliknya, ia perlu menjadi penyuntik kesungguhan dan iltizam untuk terus berkerja bersama rakyat.

Untuk rekod, prestasi keseluruhan menteri kabinet pada hari ini telah mencapai sehingga 90 peratus.

“Sasaran penuh petunjuk presatsi utama (KPI) ini tidak mustahil untuk dicapai sekiranya seluruh ahli jemah menteri dengan kerjasama penjawat awam, menggembleng tenaga dan memberkian perkhidmatan yang terbaik dan berkesan kepada Keluarga Malaysia dengan mengetepikan segala kerenah birokrasi yang rumit.

“Bak kata orang Iban, jika bersatu, suara kita akan lebih didengar, jika berpecah usaha kita sia-sia,” katanya ketika berucap merasmikan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Perdana Menteri turut berharap impak yang diberikan jemaah menteri sepanjang tempoh ini dapat memberi manfaat kepada rakyat, dan hal itu dibuktikan dengan kejayaan Aspirasi Keluarga Malaysia berdasarkan enam teras.

Keenam-enam teras itu adalah menstruktur semula ekonomi, menjamin keselamatan dan ketenteraman negara, meningkatkan kesejahteraan sosial, memepertingkatkan infrastruktur menyeluruh, memperkukuh penyatuan dalam acuan Keluarga Malaysia dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan.

“Pencapaian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia tidak akan terhenti setakat ini malah aspirasi kami untuk bekerja bersama rakyat akan berterusan melalui pelan jangka masa sederhana bagi tempih enam bulan dan sasaran jangka panjang,” tambahnya.

 

BBerkaitan

Latest articles