Polis Nasihat Orang Ramai Elak Buat Spekulasi Video Perbualan Intim Bekas KP J-Kom

KUALA LUMPUR: Kes berkaitan video perbualan intim yang tular sejak minggu lalu dan dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kes yang sama turut disiasat menerusi Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian.

Sehubungan itu pihak polis memberi peringatan kepada orang ramai untuk tidak membuat spekulasi terhadap kes itu sehingga siasatan lengkap.

“Siasatan dalam kes membabitkan kedua-dua individu ini sedang dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman,” katanya, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, tindakan akan diambil terhadap pengguna media sosial yang menggunakan aplikasi bagi maksud yang menyalahi undang-undang.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Shuhaily memaklumkan, polis telah merakam keterangan Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard hari ini bagi membantu siasatan kes penularan video itu.

BBerkaitan

Latest articles