More

    PM jumpa Zhii Jia dan Jin Wei, harap sukan bandminton terus cemerlang di pentas dunia

    CYBERJAYA- Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara.

    Itu harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria dan kepimpinan tertinggi BAM hari ini.

    Menurut hantaran Perdana Menteri di laman Facebooknya sebentar tadi, turut serta dalam pertemun itu ialah jaguh badminton negara, Lee Zhi Jia dan Goh Jin Wei.

    https://www.facebook.com/100043939969797/posts/498086851665976/?d=n

    “Bertemu dengan Presiden BAM, Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria bersama kepimpinan tertinggi BAM. Turut serta, jaguh badminton negara, Lee Zhi Jia dan Goh Jin Wei, di Perdana Putra tengahari tadi.

    “Perbincangan yang bermanfaat. Alhamdulillah semua selesai. Semoga sukan badminton negara terus cemerlang di pentas dunia, dan Jalur Gemilang kembali berkibar di luar negara,” katanya.

    Sebelum ini skuad badminton digemparkan dengan tindakan Zhii Jia yang menghantar surat letak jawatan kepada BAM dan memutuskan untuk bergerak sebagai pemain profesional.

    Susulan itu, BAM yang gagal dalam perbincangan bersama Zhii Jia memutuskan untuk mengantung pemain nombor tujuh dunia itu dalam sebarang kejohanan dunia selama dua tahun bermula 18 Januari lalu.

    Terkesan dengan tindakan BAM itu, Zhii Jia tampil membuat rayuan dan pertemuan terbaharu pemain itu bersama Norza akhirnya menjernihkan keadaan apabila perseorangan negara itu diberikan restu bergerak secara profesional.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini