PKR Bidas Laporan Media Tun M Calon PM PH Plus

‘Perbincangan masih berlangsung’ – demikian menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkenaan beberapa laporan media yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad dipilih sebagai calon perdana menteri bagi Pakatan Harapan (PH).

“Saya mengikuti beberapa laporan media berkait dengan calon perdana menteri dan ingin menegaskan kenyataan-kenyataan tersebut tidak berasas dan bukannya dikeluarkan oleh Pakatan Harapan mahupun Pakatan Harapan Plus.

“Sementara kita menghormati pandangan serta komen-komen yang diberi pelbagai pihak, sayugia dimaklumkan perbincangan masih lagi dilakukan di antara komponen Pakatan Harapan dan rakan-rakan pembangkang.

“Kenyataan rasmi tentunya akan dikeluarkan apabila keputusan muktamad dicapai,” katanya dalam kenyataan media.

Reaksi yang sama juga oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang menolak dakwaan kononnya gabungan pembangkang itu telah sepakat memilik Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.

Terdahulu pada semalam, dikatakan PH Plus telah menolak tawaran Dr Mahathir untuk menjadi perdana menteri bagi tempoh enam bulan sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Anwar.

Laporan media memetik bahawa PH Plus bersetuju menamakan Presiden PKR itu sebagai perdana menteri, manakala Dr Mahathir pula sebagai Menteri Mentor menyerupai peranan yang dipegang Lee Kuan Yew di Singapura.

Laporan dari sumber itu juga turut mendakwa keputusan calon perdana menteri sering tertangguh kerana tawaran daripada Dr Mahathir untuk masih memegang jawatan itu lagi.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,400SubscribersSubscribe

Terkini