PH Tak Kisah Jadi Pembangkang Jika Gagal Dapat Majoriti

KUALA LUMPUR: PKR-Amanah-DAP nekad untuk terus jadi pembangkang jika Pakatan Harapan (PH) gagal mendapat majoriti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hari ini, sekiranya ia menang.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ketiga-tiga parti dalam gabungan PH mengekalkan pendirian yang sama iaitu mahukan kemenangan sendiri.

“Kita pergi berperang untuk menang jadi itu menjadi ketetapan saja dan ia juga telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook serta Presiden Amanah, Mat Sabu (Mohamad Sabu).

“Secara konsisten kami bertiga berada di sini (PRU15) untuk memastikan kemenangan,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Dalam masa yang sama Anwar berkata, PH akan cuba sebaik mungkin untuk mendapatkan mandat rakyat pada pilihanraya ini.

“Saya harapkan undian daripada rakyat bagi memastikan ada perubahan dalam negara dan mereka harus berusaha payah bagaimanapun untuk melaksanakan tugas mengundi dan memastikan arah negara itu berubah

“Saya doakan dengan semangat rakyat kita dapat tawan Putrajaya InsyaAllah,” ujar beliau.

BBerkaitan

Latest articles