More

    Ph Hantar Nama Saifuddin, Anthony Loke, Dzulkefly Anggotai JK Bebas

    KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) hari ini mengemukakan tiga nama untuk menyertai jawatankuasa bebas bagi memberikan syor kepada Yang di-Pertuan Agong berkenaan pelaksanaan darurat.

    Mereka ialah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

    Ketiga-tiga nama itu telah dihantar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.

    Dalam kenyataan itu juga menyebut, meskipun wakil pembangkang menyertai jawatankuasa berkenaan, namun ia tidak bermakna mengubah pendirian PH bahawa alasan-alasan yang dikemukakan perdana menteri berkenaan keperluan darurat tidak dapat diterima.

    “Kami serta majoriti ahli parlimen juga kekal dengan pendirian bahawa darurat ini perlu ditamatkan dan parlimen perlu bersidang segera,” katanya.

    Untuk rekod, baginda memperkenankan pembentukan jawatankuasa bebas itu untuk menjadi badan yang mencadangkan jika pelaksanaan darurat wajar ditamatkan lebih awal.

    Mengikut pengisytiharan asal, darurat sekarang sepatutnya ditamatkan pada 1 Ogos, kecuali Agong berpendapat sebaliknya.

    Sepanjang tempoh itu juga perlembagaan dan parlimen digantung.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini