PH Berpecah, Mukhriz Bakal Hilang Jawatan MB Kedah Sekali Lagi

Pergolakan demi pergolakan yanng berlaku di kalangan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) membawa kemungkinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kehilangan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Apatah lagi dengan pengumuman PAS yang menyatakan kesediaannya untuk menerajui kerajaan negeri Kedah, dikuatkan lagi dengan bilangan kurang daripada enam ADUN PPBM yang memihak kepada Mukhriz.

“ADUN dalam PPBM Kedah juga dilihat canggung dengan tindakan PPBM Kedah yang masih bekerjasama dengan PH untuk menjadi negeri pembangkang,” kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menyifatkan keadaan itu melawan arus kerana Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga presiden mereka.

“Perubahan kerajaan negeri sudah tidak dapat dielakkan lagi. PAS Kedah bersedia menerajui pentadbiran kerajaan negeri ini,” kata Yahaya.

Keadaan dalaman PH semakin tegang apabila ADUN PKR negeri itu, Robert Ling Kui Ee mempertikai keputusan parti pusat yang memecat ramai kepimpinan bahagian sekaligus menyerlahkan lagi ketidaksehaluan pimpinan gabungan politik itu di Kedah.

Tambah Yahaya, PH kini sudah kehilangan majoriti di Kedah dan mengingatkan bahawa PAS mempunyai jumlah kerusi sebanyak 15 kerusi, iaitu jumlah yang cukup untuk mengambil alih pentadbiran negeri.

Manakala ADUN dari Umno mempunyai dua orang.

Melalui PRU14 yang lalu, Kedah mempunyai 36 kerusi DUN iaitu PAS sebanyak 15, PKR (7), PPBM (6), Umno (2), Amanah (4) dan DAP (2).

BBerkaitan

Latest articles