PGDM santuni “frontliners” di SJR

Pertubuhan Generasi Digital Media mengagihkan sumbangan berbentuk juadah berbuka puasa dan sahur kepada polis dan anggota tentera yang bertugas di khemah sekatan jalan raya (SJR) di sekitar KL dan Selangor, menerusi program Singgah Iftar Sahur.

Presiden Pertubuhan Generasi Digital Media (PGDM) Mohd Azfarafandi Zulkfly berkata, buat pertama kali pertubuhan itu menyantuni pasukan barisan hadapan secara kolaboratif bersama rangkaian Restoran Ali Maju dan juga syarikat Mamee Double Decker Sdn Bhd.

Menurutnya, sebanyak 100 pek juadah berbuka puasa dari PGDM dan Ali Maju, serta sumbangan pek sahur oleh Mamee telah diagihkan kepada beberapa sekatan jalanraya di sekitar KL dan Selangor telah diedarkan mengikut kapasiti anggota di setiap pos kawalan.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini