Penyertaan Parti Lain Dalam Kerajaan Perpaduan Dialu-Alukan – Anwar Ibrahim

KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Kerajaan Perpaduan yang terbentuk melibatkan tiga komponen parti utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Bagaimanapun, Anwar berkata penyertaan parti-parti lain ke dalam kerajaan Perpaduan dialu-alukan.

“Kerajan ini kerajaan perpaduan. Kerajaan Perpaduan Nasional ini menetapkan penyertaan setakat ini sehingga petang ini atau sebelum sebelum mengangkat sumph tiga kompenan terbesar PH, BN dan GPS.

“PH sebagai blok terbesar dalam parlimen diikuti BN dengan jumlah 30 dan GPS 23.

“Saya nak tegaskan dalam pertemuan pertama dengan rakyat Malaysia saya terap bersedia menerima semua penyertaan yg lain untuk menjadikan negara ini satu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke-10, di Sungai Long Club House, di sini hari ini.

BBerkaitan

Latest articles