“Kalau Tak Boleh Tangkap, Tembak’ – Sanusi Cadang Polis Tembak Pengedar Dadah

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyuarakan sokongan terhadap tindakan lebih keras terhadap pengedar dadah, termasuk memberi kuasa kepada polis untuk menembak suspek yang mengancam keselamatan atau cuba melarikan diri.

Menurut beliau, ancaman dadah kini berada pada tahap membimbangkan dan menjadi punca keruntuhan ramai anak muda serta institusi keluarga, khususnya di Langkawi yang didakwa terus berdepan masalah pengedaran bahan terlarang itu.

Sanusi berkata, pihak berkuasa tidak seharusnya berkompromi dalam isu berkenaan dan semua individu terlibat perlu diambil tindakan tanpa sebarang perlindungan.

“Kalau tak boleh tangkap, tembak. Biarpun kenyataan itu dianggap kontroversi, masalah dadah sudah terlalu berat dan tidak boleh lagi dipandang ringan,” katanya ketika ditemui di Alor Setar seperti dilaporkan media.

Beliau turut memaklumkan kerajaan negeri telah mengadakan pelbagai perbincangan bersama agensi berkaitan termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), namun gejala itu masih sukar dibendung.

Menurutnya lagi, beliau menerima maklumat bahawa Langkawi kini dipercayai dijadikan pusat transit sindiket pengedaran dadah, walaupun pelbagai tangkapan telah dilakukan pihak polis sejak beberapa tahun lalu.

Isu itu kembali hangat selepas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Ismail mengesahkan polis sedang menyiasat dakwaan kewujudan rangkaian pengedaran dadah di Langkawi yang dipercayai didalangi seorang anggota polis.

Sebelum ini, media melaporkan kemunculan satu sindiket baharu yang dikaitkan dengan individu dikenali sebagai ‘Mr A’, dipercayai aktif mengawal pengedaran dadah di pulau peranginan tersebut selepas kematian tokoh jenayah terkenal ‘Pablo Escobar Langkawi’, Mat Nahar, enam tahun lalu.

Beberapa bekas anggota sindiket lama itu juga didakwa kembali aktif dan menyertai rangkaian baharu berkenaan susulan kematian ketua mereka.

BBerkaitan

Latest articles