Muar – seorang aktivis badan bukan kerajaan (NGO) , Mohd Azhar Othman, atau lebih dikenali di laman media sosial dengan nama Mrjkura-kura tampil dengan pendekatan berbeza untuk mendekati anak muda.
Beliau yang ditemui therakyatinsight ketika tinjauan sempena kempen PRN Johor di DUN Maharani, Muar malam tadi memberikan jersi rasmi pasukan bolasepak Johor, JDT sebagai hadiah kepada anak muda yang berjaya menjawab soalan-soalan yang diberikannya.
Azhar yang hadir ketika kempen calon Barisan Nasional bagi DUN Maharani, Nur Fara Binti Shamsudin di sekitar bandar Muar itu berkata beliau dan pasukan NGOnya datang ke sini dengan bertujuan memberikan jersi rasmi Pasukan Bolasepak Johor, bersempena dengan Pilihanraya Negeri johor disamping untuk mendekati anak-anak muda di negeri ini.
“ Secara kebetulan pula, ada perlawanan bola sepak membabitkan pasukan Johor, jadi dapatlah kami meraikan sekali dengan anak-anak di Johor dengan memberikan jersi rasmi pasukan johor secara percuma ini katanya.
Menurutnya, pendekatan yang digunakannya kali ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dengan anak muda dan mendengar masalah mereka disamping memberikan kesedaran mengenai Pilihanraya Negeri Johor yang berlangsung kini.
Apa yang saya nampak ketika ini, memang nampak ada kesedaran, di mana anak muda kini sudah bersedia untuk menjadi seorang pengundi untuk mengundi.
“Saya pon ada berjumpa 2,3 orang yang telah menyatakan kepadanya sudah bersedia untuk mengundi kali ini dan saya katakan kepada mereka bahawa mengundi itu bukanlah suatu perkara yang mudah.
“ Tangan yang mengundi inilah yang akan menentukan siapa yang memimpin kita, siapa yang akan membimbing kita nanti”
Jadi kita gunakan platgorm media sosial kita ini untuk rapat kepada anak-anak muda ini dan sampaikan maklumat-maklumat yang sahih dan berfakta katanya lagi.
Pilihanraya Negeri Johor yang berlangsung mulai semalam membabitkan 239 calon daripada 11 parti politik termasuk calon bebas layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022.
Seramai 2,597,742 orang layak mengundi pada PRN Johor 2022 melibatkan 2,574,835 pengundi biasa, 22,531 pengundi awal, dan 376 pengundi tidak hadir.