Pemain Import Negeri Sembilan FC Jadi Mangsa Ragut

KUALA LUMPUR: Arena sukan bola sepak negara sekali lagi menjadi perhatian apabila salah seorang pemain import Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC), Mika Junco menjadi mangsa ragut di sekitar Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

NSFC dalam kenyataan memaklumkan, kejadian terbabit berlaku ketika pemain itu sedang berseorangan.

“Insiden itu telah mengakibatkan kerugian harta benda pada Mika namun beliau kini berada dalam keadaan selamat dan laporan polis juga telah dibuat.

“NSFC mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah seperti ini dan berharap pihak berkuasa dapat menangkap serta membawa pelaku ke muka pengadilan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, NSFC turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penyokong yang memberikan sokongan kepada pemain itu dalam keadaan sukar.

Terdahulu, pemain kelahiran Sepanyol itu berkongsi insiden terbabit menerusi Instagram Storynya dengan memaparkan kecederaan ringan dialami di bahagian leher.

Malah ia turut menyebabkan beliau kehilangan rantai emas.

BBerkaitan

Latest articles