Peja Maafkan Siap-siap Individu Dakwa Beliau ‘Jual Kerusi’

KUALA LUMPUR: Bersatu mungkin tidak berdepan dengan masalah kewangan jika mereka boleh ‘jual kerusi’, demikian menurut Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Menolak dakwaan itu, Ahmad Faizal mendakwa Bersatu berkempen dengan apa adanya berdasarkan kemampuan parti.

“Kami berkempen dengan begitu ala kadar…kami tak ‘jual kerusi’, malah bebanan kepada pimpinan dalam menghadapi pilihan raya ini amat getir dan besar.

“Tak apalah, kepada mereka yang telah membuat dakwaan fitnah saya menjual kerusi itu, saya ampunkan supaya mereka tak payah cari saya di Padang Mahsyar nanti,” katanya selepas majlis Munajat Akbar dan Jelajah PN Best di Sendayan malam tadi.

Sebelum ini, calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN Sikamat, Mohammed Hafiz Baharudin dilapor mendakwa wujud elemen ‘jual kerusi’ dalam pemilihan calon PN Negeri Sembilan.

Beliau yang juga ahli parti BERSATU berkata, dakwaan itu timbul selepas mendapati senarai calon yang diumumkan sangat lemah dan tidak berpotensi untuk menang.

BBerkaitan

Latest articles