Peguam Belum Dapat Jumpa Ibu Bapa Zayn Rayyan

KUALA LUMPUR: Selepas dua hari dilantik mewakili ibu bapa Zayn Rayyan, peguam Fahmi Abd Moin mendedahkan beliau masih lagi belum dapat bertemu pasangan itu yang masih direman polis.

Memetik MalaysiaGazette, kata Fahmi, beliau sendiri setakat tidak tahu tentang perkembangan kes ini melainkan maklumat yang didapati melalui media.

Kata beliau, walaupun pasangan itu mempunyai hak dalam kanun tatacara jenayah yang memberinya peluang bertemu peguam mereka ketika dalam tahanan reman namun sehingga saat polis tidak memberi kebenaran.

“Saya hanya baca perkembangan dalam media sahaja. Sehingga kini, saya belum dapat bertemu dengan mereka walaupun surat permohonan sudah dihantar semalam.

“Dalam kanun tatacara jenayah, peguam ada hak untuk jumpa anak guam semasa dalam tahanan reman. Saya akan maklumkan kepada majistret esok situasi ini,” katanya hari ini.

Hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya akan membuat permohonan sambung reman terhadap ibu bapa Zayn Rayyan selepas tempoh reman tamat esok.

BBerkaitan

Latest articles