Kegiatan pawagam, teater dan acara persembahan langsung dibenarkan beroperasi semula bermula 1 Julai ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata kegiatan itu hanya dibenarkan di dewan tertutup dengan peserta tidak boleh melebihi 250 hadirin, tertakluk kepda kapasiti dewan.
Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan terutama berkenaan penjarakan sosial perlu dipatuhi pada setiap masa, katanya lagi.
Selain daripada itu, Aktiviti riadah kolam renang juga turut dibenarkan mulai 1 julai 2020 katanya lagi.
Aktiviti riadah kolam renang ini dibenarkan di kolam renang awam,hotel,kondominium,gated community serta kolam renang persendirian.
Pra syarat untuk setiap lokasikolam renang mestilah menyediakan Life Guard dan Pemantau ataupun Penyelia bagi memastikan keselamatan pengguna serta jumlah dan masa penggunaan terkawal.
” Jumlah pengguna dalam kolam renang perlu berdasarkan kapasiti dan keluasan kolam renang dan Kolam-kolam renang ini juga perlu membuat pendaftaran notifikasi pembukaan kolam renang dengan MITI dilaman web NOTIFICATION.MITI.GOV.MY dan pihak berkuasa tempatan bagi tujuan pematuhan kepada SOP dan pantauan oleh KBS.
Selain itu juga Kerajaan turut memberikan kebenaran kepada penganjuran mesyauarat, persidangan, seminar, kursus atau latihan dengan kehadiran peserta tidak melebihi 250 orang.
Mesyuarat Khas hari ini memutuskan penganjuran mesyuarat,persidangan,seminar,kursus atau latihan boleh bermula pada 1 Julai 2020. Namun penganjur dan peserta hendaklah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.