PAS Perlu Patuh Tiga Syarat Jika Mahu Bersama UMNO

ALOR GAJAH: PAS perlu keluar dari Perikatan Nasional (PN) sebelum ingin meneruskan kerjasamanya dengan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Itu antara syarat yang ditetapkan UMNO terhadap parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu ketika mengadakan pertemuan baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, PAS perlu memutuskan hubungan politik Bersatu dan mengumumkan secara rasmi mereka sepenuhnya telah mufaraqah (berpisah) dengan PN dan Bersatu.

“Saya telah nyatakan itu (tiga syarat kerjasama), lebih baik saya tidak menyebutkannya (pada sidang media). Mereka (PAS) mengetahui syarat-syarat itu dan kalau mereka memenuhi syarat-syarat itu, baru perundingan (kerjasama) boleh dilakukan dengan mereka,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penutup Bootcamp BNComms di Kem Permata Resort, Ayer Pa’abas, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, setakat ini, tiada perbincangan secara rasmi diadakan peringkat kepimpinan di bawah presiden parti kedua-dua parti mengenai kerjasama itu.

“Jika ada pun, ianya dibuat secara informal atau tidak rasmi (dan) selagi PAS tidak membuat keputusan secara rasmi selagi itu kita tidak dapat merungkaikan apa juga isu dan perkara-perkara yang menjadi perbedaan antara kedua-dua parti,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles