PAS Jangan Buat-buat Lupa PRK Kemaman Diadakan Kerana Kes Rasuah Mereka

KUALA LUMPUR: UMNO mengingatkan PAS bahawa parti itu tidaklah sesuci seperti yang dicanangkan, demikian menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh.

Beliau juga menegaskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman diadakan kerana terdapat unsur rasuah melibatkan pemimpin parti itu demi hendak membeli undi.

Akmal berkata demikian sebagai reaksi kepada dakwaan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang mendakwa UMNO mustahil menang di PRK berkenaan, selain mendakwa Barisan Nasional (BN) meletakkan calon muka baharu supaya tidak malu sekiranya kalah besar.

“Ya unsur rasuah oleh geng kamu! Dana-dana yang ada tu jangan sampai kantoi ya.

“Takdalah bersih mana pun… jangan lupa fakta tu ya,” kata Akmal menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Ahmad Fadhli, juga pada semalam menasihatkan jentera UMNO di Kemaman agar berpijak atas realiti kerana parti itu dikatakan mustahil untuk menang.

Untuk rekod PRK Parlimen Kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid, pada PRU15.

Calon BN, Calon BN, Jeneral (B) Tan Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor akan bertembung dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

BBerkaitan

Latest articles