Pak Cik Jamal Syukur Terima Rumah Baru

BERTAM: Siapa tidak sedih apabila tempat berteduh anak-beranak hilang sekelip mata akibat kebakaran?

Itulah nasib yang menimpa Pak Cik Jamal, selepas rumahnya ranap dalam satu kejadian kebakaran pada 2018 yang lalu.

Hendak membina kembali ‘syurga’ sekeluarga pastinya mengambil masa, apatah lagi mengimbau kenangan manis dan pahit bersama keluarga di rumah itu.

Namun, kesedihan Pak Cik Jamal tidak lama, apabila pemimpin kawasan cakna dengan kepayahannya.

Itulah perjuangan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, membantu mereka yang di dalam kesusahan dan memerlukan umpama ‘darah dagingnya’.

Menjadi calon di DUN Bertam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, Reezal berharap sokongan pengundi terhadapnya demi meneruskan perjuangan #BertamKita.

“Ziarah #SentuhanKasih kami diteruskan ke rumah Jamal yang terbakar pada tahun 2018, semuanya habis hangus dijilat api.

“Alhamdulillah pembinaan rumah baharunya telah diselesaikan oleh Pusat Khidmat saya melalui peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang telah dilaksanakan oleh Giat MARA.

“Pak Cik Jamal, isteri, dan ibunya kini mempunyai kediaman yang selesa.

“Semoga semua urusan Pak Cik Jamal dan keluarga dipermudahkan,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles