Nazri Jadi MP Kedua UMNO Umum Hilang Sokongan Terhadap Muhyiddin

Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz hari ini mengumumkan menarik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas itu juga berkata beliau membuat keputusan itu setelah berfikir lama dan menganggap tindakannya itu adalah yang terbaik untuk partinya, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Saya nak umum, saya Ketua UMNO (Bahagian) Padang Rengas merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas, dengan rasminya menarik sokongan diberikan kepada Muhyiddin untuk membentuk kerajaan yang sedia ada,” katanya pada sidang media khas di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, tindakannya itu bukan untuk menentukan pilihan raya umum diadakan, tetapi dengan menarik sokongan kepada Muhyiddin, bermakna kerajaan hari ini ada 109 kerusi, tidak ada ada majoriti.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Terjun Bangunan Bersama Bayi 5 Bulan

Berang kerana kekasih enggan mengahwininya, seorang wanita kaya kacukan China-Amerika ditemukan maut dalam keadaan berbogel selepas terjun dari pangsapuri sambil memeluk bayinya berusia lima...

Polis Siasat Dakwaan Remaja Perempuan Dirogol Dalam Tahanan

Dua anggota polis digantung tugas serta-merta setelah wujud dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh tahanan lain ketika berada di dalam lokap...

KPM: Pelajar Yang Mengambil Peperiksaan Utama Sahaja Masuk Sekolah 20 Jan Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan...

Hospital Bersepadu MAEPS mula beroperasi 24 Jan depan – Dr Adham

Hospital Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, dekat sini akan mula beroperasi pada 24 Jan ini bagi merawat pesakit COVID-19 kategori tiga,...

Kerajaan Benarkan Kedai Cermin Mata Dan Dobi Layan Diri Beroperasi Ketika PKP

Kerajaan sudah memperhalusi bahawa ada keperluan untuk membuka kedai cermin mata dan dobi layan diri dalam kawasan yang dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk...