Najib Belum Bayar Denda RM50 Juta, Kekal Di Penjara

KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, masih perlu menjalani hukuman penjara seperti biasa selagi gagal melunaskan denda RM50 juta yang ditetapkan sebagai syarat untuk membolehkannya menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata setakat ini Najib belum membuat pembayaran berkenaan, namun tiada tempoh khusus ditetapkan untuk menjelaskan denda itu.

“Selagi denda terbabit tidak dibayar, Datuk Seri Najib kekal berada di penjara,” katanya selepas menghadiri Majlis Peluncuran Sekolah Angkat MADANI Jabatan Peguam Negara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Hor, hari ini.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.

Keputusan itu diumumkan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) selepas mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Seri Paduka Baginda.

Bagaimanapun, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini memaklumkan anak guamnya tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar jumlah berkenaan.

Susulan itu, UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib bagi mengumpul sumbangan untuk membantu melunaskan denda berkenaan, selain mengajak pemimpin, ahli dan penyokong parti menyumbang.

BBerkaitan

Latest articles