My Classic Cars Sumbang RM3000 Kepada Tujuh Pertubuhan Kebajikan Di Bawah Program CSR Sempena Hari Merdeka Ke-67

SUBANG JAYA: Inisiatif kelab kereta klasik ‘My Classic Cars’ melaksanakan program tanggungjawab sosial kroporat (CSR) dengan memberi sumbangan kepada tujuh pertubuhan kebajikan sempena hari kemerdekaan ke-67 nyata memberi sinar kegembiraan buat penerima.

Bertemakan 11th Malaysia Classic Cars Merdeka Charity Drive 2024, sasaran sekurang-kurangnya RM3000 akan diberikan kepada setiap pertubuhan kebajikan, menjadikannya jumlah keseluruhan disumbangkan sebanyak RM21,000.

Pengarah My Classic Cars, Rukshan Munesinghe berkata, ini merupakan acara tahunan yang diadakan pada setiap tahun sempena hari kemerdekaan 31 Ogos bagi meraikan pertubuhan kebajikan yang memerlukan bantuan.

Beliau berkata, untuk tahun ini kelab itu telah mencapai kutipan sebanyak RM32,000 daripada pemilik dan peminat kereta klasik, selain rakan niaga yang turut menyumbang.

“Untuk tahun ni kutipan berjaya dikumpul sebanyak RM32,000. Sebanyak 20 peratus akan dibelanjakan manakala 80 peratus kita akan sumbangkan.

“Sehingga kini kita sudah mencapai sasaran ditetapkan iaitu RM3000 untuk satu rumah iaitu bersamaan RM21,000 keseluruhan disumbangkan. Tetapi untuk hari ini kutipan melebihi yang disasarkan dan kita dapat sumbangkan anggaran RM3300 untuk satu rumah,” katanya.

Katanya, ketika ditemui pada acara 11th Malaysia Classic Cars Merdeka Charity Drive 2024 di Restoran Kampungku, Lakeview Club, di sini hari ini.

Tujuh pertubuhan kebajikan yang menerima sumbangan antaranya Pusat Jagaan Anbe Sivam dari Klang, Praise Emmanuel Children’s Home dari Petaling Jaya, Pertubuhan Rumah Amal Siraman Kasih dari Rawang, Persatuan Kebajikan Michael Selangor dari Petaling Jaya, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary KL dari Setapak, Yayasan Hiichikok dari Jalan Ipoh, dan Rumah Charis dari Taman Yarl.

Selain penyerahan sumbangan, mereka yang hadir dapat menyaksikan pameran lebih kereta klasik, lelongan amal dan persembahan kanak-kanak dari rumah kebajikan terlibat.

Tambah Rukshan, syarikatnya My Classic Cars bukan sahaja menumpukan pada acara tahunan ini, malah mereka turut membuat aktiviti kebajikan dengan memberi makan percuma kepada gelandangan pada setiap hari Isnin.

“CSR dari syarikat kami adalah setiap hari Isnin 52 kali setahun kita akan hantar makanan di sekitar kawasan Segi Tiga Bersejarah iaitu sebanyak 80 sehingga 100 pek makanan diagihkan,” tambahnya.

MY Classic Cars, sebuah organisasi ditubuhkan pada tahun 2011 mengumpulkan semua pemilik dan peminat kereta klasik, dan telah secara aktif menganjurkan pemanduan dan acara kereta klasik secara berkala sebagai sebahagian daripada kempen CSR mereka, selain menjadi platform bagi pemilik dan peminat kereta klasik di Malaysia berkongsi minat mereka.

BBerkaitan

Latest articles