Musim COVID-19 Nak Jadi PM Kerja Mengarut – Hadi

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menempelak tindaka sesetengah pemimpin politik yang berterusan mengejar jawatan untuk menjadi Perdana Menteri di kala rakyat dalam kesusahan dan sedang terhimpit dengan pandemik COVID-19.

Hadi menegaskan sebarang ganggu gugat itu perlu dicegah dan ditolak demi keselamatan rakyat dan keamanan negara.

“Perkara yang tidak patut kita lakukan pada masa ini adalah berbalah siapa nak menjadi Perdana Menteri, nak melantik siapa menjadi Perdana Menteri atau soal undi (jumlah) majoriti di Parlimen.

“Ini semua kerja mengarut, tak peka dengan wabak yang menimpa rakyat. Ini mesti ditolak dan dicegah.

“Apa sahaja yang boleh mengganggu proklamasi darurat ini, mesti ditangani dengan peraturan tegas,” katanya ketika berucap pada sesi webinar bertajuk ‘Proklamasi Darurat: Apakah Satu Keperluan?’ anjuran Gerakan Pembela Ummah, hari ini.

Tanpa merujuk kepada sesiapa, namun sindiran itu dipercayai merujuk kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli parlimen bagi membolehkannya membentuk kerajaan baru, sekaligus menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah Anwar pada ketika ini menolak pengisytiharan darurat seperti yang telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong dan bertindak menghantar surat membatalkannya bersama ahli-ahli parlimen pembangkang yang lain.

BBerkaitan

Latest articles