Muhyiddin Fail Permohonan Batal Tiga Pertuduhan Wang Haram

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini nemohon untuk membatalkan tiga pertuduhan penggubahan wang haram dihadapinya.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam bela Muhyiddin, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, di Mahkamah Sesyen, pagi ini.

Permohonan itu mengikut Seksyen 173 (g) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).

“Kami akan failkan permohonan secepat mungkin. Tiga pertuduhan penggubahan wang haram ini kami akan memohon untuk ketepikan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Kita juga akan menulis kepada pendakwaan untuk anak guam kami mendapatkan kembali pasport beliau,” katanya hari ini.

Hari ini merupakan sebutan kes bagi mendengar permohonan pendakwaan supaya empat tuduhan rasuah dan tiga tuduhan menerima wang hasil aktiviti haram dihadapi Muhyiddin untuk dibicarakan bersama.

Namun Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan rasuah di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan mahkamah pihaknya telah memohon permohonan untuk perbicaraan bersama ditangguhkan terlebih dahulu ke satu tarikh akan datang atas alasan sudah failkan satu notis rayuan pada 15 Ogos lalu.

“Hari ini telah failkan satu petisyen di Mahkamah Rayuan yang berkait berkaitan tuduhan rasuah dibatalkan. Mahkamah Rayuan telah tetapkan tarikh 27 September ini,

“Untuk kes penggubahan wang, kita setuju tarikh Mahkamah Sesyen pada 29 November ini,” katanya.

Hisyam juga memohon untuk kehadiran Muhyiddin dikecualikan pada sebutan kes.

Azura membenarkan tarikh sebutan kes seterusnya seperti dicadangkan pendakwaan.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, melepas dan membebaskan bekas perdana menteri itu atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan pada 15 Ogos lepas.

Ini susulan empat pertuduhan berkenaan tidak mendedahkan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM.

Pada 13 Mac lalu, Muhyiddin, 76, didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta di AmBank cawangan Amcorp Mall, Petaling Jaya dekat sini, pada 7 Januari 2022.

Pada 10 Mac lepas, Muhyiddin itu didakwa pula di Mahkamah Sesyen di sini, dengan enam pertuduhan, iaitu empat tuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah terbabit dan dua kesalahan pengubahan wang haram RM195 juta.

BBerkaitan

Latest articles