Menteri Luar China Dijangka Bertemu PM jumaat ini

NIBONG TEBAL: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China, Wang Yi bagi membincangkan peluang pelaburan di Malaysia, Jumaat ini.

Perdana Menteri berkata, Wang Yi mengemukakan hasrat untuk mengadakan pertemuan biarpun beliau yang juga Menteri Kewangan mempunyai kekangan jadual yang padat.

Wang Yi asalnya mahu bertemu di Putrajaya tetapi bersedia beralih ke Pulau Pinang bagi disesuaikan dengan jadual Ahli Parlimen Tambun yang ketika itu akan berada di Kedah dan Pulau Pinang.

“Wang Yi mahu mengadakan pertemuan dengan saya tetapi saya kata saya sibuk. Beliau mahu bertemu saya di Putrajaya tetapi saya ajak ke Pulau Pinang.

“China adalah antara negara terkuat di dunia sanggup untuk berjumpa saya, biarpun terdapat kekangan jadual yang padat.

“Saya akan berada di Kedah dan Pulau Pinang, Jumaat ini dan beliau menyatakan tak kisah mahu berjumpa di negeri mana-mana pun.

“Justeru, saya cadangkan pertemuan diadakan di Pulau Pinang, Jumaat ini,” katanya ketika berucap pada program beramah mesra bersama masyarakat Sungai Bakap di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek.

Kerjasama PH-BN elakkan Malaysia jadi macam Thailand, tiada kerajaan

Sementara itu, Perdana Menteri turut menepis pelbagai tohmahan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), selain menyifatkan keadaan itu perlu dibuat bagi memastikan kebaikan dan kesejahteraan rakyat dapat terus dibela.

“Kini kita sudah berbaik dengan UMNO demi kebaikan masa hadapan dan rakyat. Kalau tidak, tak boleh tubuh kerajaan. Kalau tak buat kerjasama dengan UMNO, (Malaysia) akan jadi macam Siam (Thailand).

“Siam sampai sekarang tiada kerajaan, menyebabkan pelbagai bantuan tidak boleh disalurkan kepada rakyat. Sebab itu kena tubuh kerajaan. Justeru, saya berharap PH-BN boleh menang bergaya di setiap DUN sebab kita mahu terus membantu rakyat.

“Saya pun sudah tua dan bukannya mahu beri kontrak kepada ahli keluarga. Sebaliknya, mahu buat yang betul bagi membuktikan ada orang Melayu dan Islam tidak zalim dan menjaga kesejahteraan pelbagai kaum. Inilah cita-cita saya,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles