Mayat Remaja Yang Lemas Ditemui Dalam Rahang Buaya

Tiga pendudukan kampung yang mencari pelajar tingkatan dua yang disyaki lemas ketika memancing di Kuala Tatau, di Bintulu, ditemui berada dalam rahang seekor buaya pada jam 12.20 tengah malam tadi.

Sekumpulan penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pada mulanya ternampak mata buaya pada jarak sekitar 1.5 meter di kawasan lubuk sungai sebelum buaya itu perlahan-lahan muncul.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Jankey Jikat berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit terkejut melihat badan mangsa berada pada rahang reptilia yang cukup besar itu.

Mangsa dikenali sebagai Arffanirul Abdullah, 14, dari Kampung Haji Ismail.

“Selepas buaya itu melepaskan mayat dan keadaan didapati benar-benar selamat, maka penduduk bertindak menarik jasad ke dalam bot sebelum membawanya ke sebuah pondok di kampung,” katanya.

Beliau berkata, mayat ditemukan di kawasan lubuk buaya yang terletak hampir 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati banyak kesan gigitan reptilia terbabit dengan tangan kanan putus dibaham manakala kaki kiri patah.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Dengan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 2.30 pagi tadi,” katanya.

Terdahulu dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari semalam, mangsa bersama dua rakan dikatakan memancing di pinggir sungai sebelum mangsa menyelam bagi mendapatkan semula mata joran yang tersangkut.

Namun begitu, mangsa tidak muncul ke permukaan air menyebabkan rakannya segera mendapatkan pertolongan.

BBerkaitan

Latest articles