Mahkamah Putuskan Syed Saddiq Bersalah Semua Pertuduhan Pecah Amanah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersalah ke atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azhar Abdul Hamid ketika membuat keputusan itu selepas berpuas hati dan mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kesnya melampaui tahap keraguan munasabah.

Ketika ini, keputusan berkaitan hukuman sedang dihujahkan oleh kedua-dua pihak.

Syed Saddiq yang bersut hitam kelihatan tenang ketika keputusan itu dibacakan ketika ini.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Mohd ‘Afif Ali, manakala peguam, Gobind Singh Deo dan Haijan Omar mewakili bekas Ketua Armada Bersatu.

BBerkaitan

Latest articles