MAFI ambil langkah intervensi untuk jamin bekalan makanan negara – Ronald Kiandee

PARLIMEN- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan mengambil langkah proaktif jangka pendek melalui tiga jenis intervensi bagi memastikan isu bekalan makanan negara dapat ditangani segera.

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, ia berorientasikan perdagangan, pengeluaran dan pengguna.

“Antara langkah proaktif jangka pendek yang dilaksanakan termasuk, membatalkan kelulusan kuota import (AP) barangan makanan dari luar negara termasuk bagi ayam bulat dan keratan ayam, pelaksanaan stokpail ayam dan stok penimbal tambahan untuk produk ikan, mempermudah proses pembayaran tuntutan subsidi harga ayam, memudah cara prosedur import (IP) melalui penangguhan fi permit dan laluan khas ke atas empat komoditi merangkumi soya, gandum, jagung dan makanan ternakan berasaskan haiwan dan tumbuhan.

“Selain itu, memberikan pengecualian khas bagi pengambilan pekerja asing dalam industri penternakan ayam, mengkaji mekanisme mengurangkan kos minyak sawit mentah (crude palm oil) kepada syarikat-syarikat pengilangan makanan ternakan (feedmill operators), penambahan abattoir dan loji pemprosesan luar negara bagi meningkatkan serta mempelbagaikan sumber import bekalan ayam dan daging,” katanya katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang meminta kerajaan menyatakan persiapan kerajaan dari segi langkah jangka pendek yang diambil untuk memastikan usaha segera dapat dilaksanakan untuk menjamin bekalan makanan dapat disampaikan.

Jelas Ronald, sebelum ini, terdapat beberapa jawatankuasa dibentuk seperti Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC),Jawatankuasa Teknikal Sekuriti Makanan Negara, Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengambil pelbagai langkah dan tindakan bagi memastikan isu bekalan dapat ditangani.

BBerkaitan

Latest articles