Lelaki Warga Malaysia Ditahan Selepas Dipercayai Mengintip – Kementerian Luar

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Stockholm sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan di Oslo, Norway untuk mendapatkan maklumat lanjut membabitkan seorang lelaki warganegara Malaysia yang disyaki terlibat dengan aktiviti pengintipan.

“Kementerian Luar Negeri akan terus memantau perkembangan kes ini dan akan
menghulurkan bantuan konsular sewajarnya sekiranya diperlukan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Awal hari ini, media melaporkan seorang warga Malaysia berusia 25 tahun ditahan perkhidmatan perisikan Norway kerana dipercayai melakukan pengintipan, termasuk wiretapping (mencuri dengar), di negara tersebut.

Namun individu tersebut menafikannya, lapor Norwegian Broadcasting Corporation (NRK)

Bagaimanapun polis telah merampas pelbagai peralatan elektronik dan data daripada suspek yang akan digunakan dalam siasatan.

BBerkaitan

Latest articles