KUALA LUMPUR: Dakwaan pembangkang kononnya Datuk Seri Ismail Sabri sekadar ‘poster boy’ untuk jawatan Perdana Menteri hanya sekadar fitnah untuk memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Yang pasti sebanyak 151 Bahagian UMNO dengan sokongan sebulat suara perwakilan mengusulkan Ismail Sabri Yaakob untuk meneruskan kepimpinan beliau dalam kerajaan pusat jika BN membentuk kerajaan selepas PRU15 nanti.
Ini sekaligus membuktikan ramai pihak dalam UMNO bersetuju dengan keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam Mesyuarat Agong luar biasa UMNO tempoh hari.
Sokongan ini turut membuktikan dakyah pembangkang kononnya Ahmad Zahid yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 hanyalah cakap kosong.
Apatah lagi Ahmad Zahid sendiri pada Ahad lalu, menyatakan bahawa Ismail Sabri sebagai calon tunggal bagi jawatan itu dan tidak dipertikaikan lagi.
Malah Bahagian-Bahagian UMNO yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri juga membuat usul yang sama seperti Datuk Seri Jamil Khir (Kedah), Datuk Seri Musa Sheikh Fadzir (Pulau Pinang), Datuk Seri Sharani Muhamad (Perak), Tan Sri Noh Omar (Selangor), Datuk Seri Rauf yusof (Melaka), Datuk Seri Utama Hasni Mohamad (Johor), Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail (Pahang), Datuk Seri Ahmad Said (Terengganu), Datuk Wira Jazlan Yaakub (Kelantan) dan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (Sabah).