Kumpulan Jetson dilapor bakal rombak pengurusan, lantik individu berpengaruh ke dalam kumpulan

Kumpulan Jetson yang terlibat dalam pembuatan sistem anti-getaran dan alat ganti untuk sektor automotif, rel dan perindustrian, serta pembinaan dan pembangunan hartanah akan melakukan rombakan di dalam ahli lembaga pengarahnya dengan melantik beberapa individu penting dan berpengaruh ke dalam kumpulan itu.

Menurut laporan, kumpulan itu akan melantik seorang pengerusi baharu dari “ kenamaan kelantan “ dan turut melantik seorang pengarah dari “ kerabat” negeri Negeri Sembilan.

kumpulan itu juga akan membuat beberapa pengumuman lain berkaitan ahli lembaga pengarah dimana mereka turut akan melantik tokoh yang berpengalaman dan mempunyai kaitan dengan syarikat media di negara ini kata sumber itu lagi.

Pada jun lalu Jetson Bhd telah melantik semula pengarah urusannya Datuk Teh Kian An sebagai pengerusi eksekutif.

Teh, 75, ialah pengasas bersama Jetson, memegang 6.04% kepentingan dalam kumpulan itu. Pengalaman kerja lepas beliau termasuk menjadi pengarah eksekutif Kumpulan Suria Sdn Bhd.

Kumpulan itu juga mengumumkan pelantikan semula pengerusi bukan eksekutifnya Datuk Dr Ong Ah Soon kepada pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif. Ong memegang 0.17% kepentingan dalam Jetson.

Perubahan bilik lembaga pengarah akan berkuat kuasa mulai Khamis (22 Jun), pemfailan bursanya ditunjukkan pada Selasa (20 Jun).

BBerkaitan

Latest articles