KPM, MOSTI Perlu Cari Mekanisme Baru Tarik Minat Pelajar Terhadap Sains, Matematik

KUALA LUMPUR: Kajian terbaharu Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati pelajar sekolah hari ini semakin kurang berminat terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seterusnya KPM dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mencari pendekatan baharu bagi menarik minat pelajar terhadap kedua-dua mata pelajaran berkenaan.

Malah stigma bahawa Sains dan Matematik sebagai mata pelajaran yang sukar perlu dihapuskan.

“Harus ada pendekatan baharu seperti mendapatkan pandangan ahli Sains dan badan-badan penyelidikan untuk turun padang ke sekolah, politeknik, (institusi kemahiran) Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), sekolah vokasional untuk menambah minat anak-anak, bukan sahaja daripada penceritaan guru-guru tetapi penekanan terhadap kepentingan sains, matematik serta teknologi.

“Saya harap ini dapat dilaksanakan walaupun telah ada permulaan tetapi saya selalu menekankan kalau kita guna kaedah mesyuarat dan penyelarasan seperti biasa, kita akan ketinggalan zaman,” kata ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak Tahun Pengkomersialan Malaysia 2023 (MCY Summit 2023), hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

Dalam pada itu Anwar berkata, kejayaan negara yang mencatat potensi pelaburan baharu perlu seiring dengan sinergi pendidikan dan latihan.

Ujarnya, beliau turut menemui badan induk selain Mesyuarat Majlis Sains Negara serta MIMOS Berhad bagi mencari kaedah untuk memanfaatkan sepenuhnya bidang berkaitan bagi memberi pendedahan dan latihan kepada pelajar.

Menyentuh menegnai bidang TVET, beliau berkata, latihan melalui sinergi pendidikan dengan syarikat swasta dan badan pendidikan lain membolehkan pendapatan lulusan TVET dapat ditingkatkan sekurang-kurangnya pada kadar RM2,800 hingga RM3,000 sebulan.

Ia bagi membolehkan mereka hidup selesa berbanding purata RM2,000 pada masa ini.

Pada masa sama, Anwar memberitahu, kerajaan juga menekankan aspek peningkatan kemahiran kepada tenaga pengajar TVET dengan kumpulan itu perlu diberikan latihan untuk memantapkan penyampaian kepada pelajar.

BBerkaitan

Latest articles