Kg Simunul Semporna terbakar MP Semporna hilang lagi?


Laporan berita kebakaran Kg Simunul Semporna

Dua puluh rumah atas air musnah dalam kebakaran di Lorong 5, Kampung Simunul, di sini pagi Jumaat semalam menyebabkan kira-kira 100 penghuni hilang tempat tinggal

Kejadian kira-kira 11 pagi itu dipercayai bermula dari sebuah rumah dan api merebak dengan cepat membabitkan keluasan 0.4 hektar berikutan kedudukan rumah yang rapat namun tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang cedera dalam kejadian itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, 19 anggota bomba termasuk pasukan bantuan dari Kunak dan Balai Bomba Atas Air Semporna bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.13 pagi.

“Setiba di lokasi, pasukan bomba melakukan pemadaman dengan teknik offensive firefighting dan berjaya mengawal kebakaran itu sepenuhnya pada 1.11 tengah hari,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Jumaat.

Kebakaran di rumah setinggan atas air di Semporna bukan perkara baru malah sentiasa berlaku setiap tahun.

Bagaimanapun sudah 24 jam berlalu Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal belum muncul melawat di kawasan itu.

Ketika kebakaran di Pulau Gaya
Orang Semporna masih menunggu kehadiran Shafie

Berbanding kebakaran Kampung Lok Urai, Pulau Gaya 12 mac lalu melibatkan 70 buah rumah di penempatan atas air, bekas Ketua Menteri itu muncul segera bersama pemimpin Warisan melawat pusat penempatan kebakaran itu.

Shafie sepatutnya segera melawat kawasan dan memberi bantuan kepada rakyatnya. Wakil rakyat tiada masalah untuk rentas daerah jika melibatkan kerja demi untuk rakyat.

 

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini