Ketua Bahagian BERSATU Mersing Umum Keluar Parti

Mersing – – Ketua bahagian Bersatu Mersing, Laili Yusof mengumumkan keluar parti selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Bersatu.

Pengumuman itu dibuat pada majlis makan tengah hari yang turut dihadiri bekas perdana menteri, Najib Razak, Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN DUN Endau, Youzaimi Yusof.

“Sejujurnya saya dan rakan-rakan sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti.

“Parti Bersatu sudah lari daripada prinsip asal penubuhan katanya ketika membuat pengumuman terbabit yang turut disiarkan secara langsung melalui facebook Pengerusi Lembaga PEnasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bagi kami parti Bersatu sudah tiada lagi hala tuju yang kukuh dan kami rasakan bahawa penyertaan dan pengorbanan kami untuk membela rakyat hanya sia-sia saja, malah hanya menguntungkan beberapa pihak tertentu saja,” katanya pada sidang media yang diadakan pada majlis berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Laili berkata dia kini menyokong calon-calon BN yang bertanding pada pilihan raya negeri Johor.

“Dengan kenyataan ini kami ingin nyatakan hasrat untuk kembali ke landasan asal sekali gus mengumumkan sokongan kami kepada calon-calon BN,” katanya.

Dalam pada itu, Portal Utusan melaporkan Seramai 30 ahli UMNO dari dua buah cawangan di sini mengisytiharkan keluar daripada parti itu serta merta dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bermula hari ini.

Kesemua mereka yang rata-ratanya dalam kalangan golongan muda masing-masing terdiri daripada 15 ahli dari Kampung Baru Air Tawar dan 15 ahli Kampung Triang.

Borang keahlian penyertaan Bersatu diserahkan kepada Ketua Wanita Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Rina Harun yang juga Ketua Srikandi Bersatu pada Majlis Ramah Mesra Bersama Jentera di Kampung Air Tawar, Endau.

BBerkaitan

Latest articles