Kes Tertinggal Bayi: Ibu Bapa Belum Dipanggil, Polis Beri Ruang Berduka

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid memaklumkan pihaknya masih belum memanggil kedua-dua ibu bapa bayi berusia lapan bulan yang maut selepas ditinggalkan di dalam kereta, Khamis lalu.

Ini kerana polis memberi ruang kepada ibu bapa yang masih berduka dengan kematian bayi mereka dalam kejadian yang dilaporkan di kawasan letak kenderaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras.

“Beri ruang kepada mereka melalui detik ini. Kita akan panggil ibu bapa bayi itu nanti untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, iaitu pengabaian terhadap kanak-kanak,” kata Allaudeen menurut Harian Metro.

Semalam, media melaporkan bayi perempuan meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam kereta ibunya kira-kira 10 jam di kawasan parkir.

Terdahulu, ibu mangsa yang bertugas sebagai doktor di HCTM menyangka sudah menghantar anaknya ke taska sebelum ke tempat kerja.

Wanita itu hanya menyedari mangsa masih berada dalam keretanya pada petang hari sama, selepas dimaklumkan suaminya bahawa mangsa tiada di taska.

BBerkaitan

Latest articles