Kerana Tuntut Fasakh, Wanita Mati Dibunuh Suami

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bertindak membunuh isterinya di sebuah hotel di Pekan Batu Gajah, Perak, semalam kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, siasatan mendapati suspek dan mangsa datang ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik yang sama, semalam.

Katanya, suspek yang berusia 36 tahun telah datang ke Balai Polis Batu Gajah dan mengaku membunuh isterinya pada jam 2 petang itu.

“Suspek ingin menyerah diri kerana dipercayai telah menikam mangsa yang berusia 32 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek sudah ditangkap untuk siasatan lanjut.

Lelaki itu juga direman selama seminggu sehingga 27 Jun depan.

Md Noor berkata, polis telah menemui susuk badan mangsa dengan kesan tikaman di dalam bilik hotel dan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Supritendan Gunaselan A/L Vijaya Kumar di talian 012-363 4341 untuk membantu siasatan.

BBerkaitan

Latest articles