Kerajaan Sabah Ubah Pendirian, Kini Pelajar IPT Dikuarantin Di Rumah

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Sabah, yang menuntut di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, termasuk penuntut di bawah tajaan biasiswa Yayasan Sabah yang pulang ke negeri ini, dikecualikan daripada dikuarantin di pusat yang disediakan.

Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal bagaimanapun berkata, semua penuntut berkenaan perlu menjalani kuarantin di rumah selama tempoh 14 hari.

“Ibu bapa atau penjaga hendaklah bertanggungjawab mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Shafie berkata hanya pelajar-pelajar dari zon merah atau yang bergejala, akan ditempatkan di pusat kuarantin untuk tempoh dua minggu.

Beliau berkata ia tertakluk kepada penilaian dan cadangan oleh JKNS semasa ketibaan pelajar.

Sebelum ini tular di media sosial rungutan keluarga pelajar di IPT yang pulang ke sabah perlu melalui tempoh kuarantin di pusat yang ditetapkan walaupun mereka sudah berada di kampus lebih sebulan semenjak tempoh Perintah Pergerakan Perjalanan di fasa 1 lagi.

BBerkaitan

Latest articles