Kerajaan henti eksport ayam atasi kekurangan bekalan

CYBERJAYA : Kerajaan mengambil keputusan menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini sebagai usaha menangani kekurangan bekalan makanan itu.

Perdana Menteri Ismail Sabri berkata siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap dakwaan kewujudan kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ayam dalam kalangan syarikat besar dijangka selesai Jun ini.

Menurut Ismail Sabri Yaakob lagi,kerajaan sedar mengenai laporan dan siasatan berkenaan dan tindakan susulan akan dilakukan selepas ini.

“Jika didapati wujud kesepakatan kartel itu, kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

“Pada masa sama, kerajaan akan mengurangkan peranan orang tengah yang selama ini memanipulasi bekalan dan harga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, kerajaan akan memperkenalkan semula Jihad Memerangi Orang Tengah yang perkenalkan beliau pada 2014.

“Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) diberikan peranan untuk mengetuai Jihad Memerangi Orang Tengah ini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles