Keputusan PRU15 Satu Isyarat Besar Rakyat Terhadap BN

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) menerima dan menghormati keputusan rakyat dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN menganggap keputusan PRU15 ini merupakan isyarat besar rakyat terhadap BN.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, BN bersedia mengenepikan perbezaan sentimen sebelum ini dalam melihat sebuah kerajaan stabil dapat diwujudkan.

“BN akan terus komited untuk terus memberi sumbangan dalam sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, kami bersedia mengenepikan perbezaan sentimen kaki sebelum ini.

“BN semtiasa komited untuk melihat hubungan yang baik antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

“Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, dalam masa terdekat ini BN akan memberikan tumpuan untuk mengembalikan kekuatan parti  terutama untuk mengangani cabaran semasa serta lebih memahami keperluan generasi baharu.

BBerkaitan

Latest articles