Kemenangan Di Pulai, Simpang Jeram Bukti Rakyat Semakin Yakin Dengan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai sokongan rakyat Johor, terutama mereka yang mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram yang menyumbang kemenangan terhadap gabungannya bersama Barisan Nasional (BN).

Perkembangan itu disifatkan sesuatu yang poaitif, selain memastikan agenda pembangunan serta ekonomi rakyat terus dijayakan.

“Tahniah saya ucapkan kepada saudara Suhaizan Kayat dan Nazri Abdul Rahman yang memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram,” katanya di Twitter.

PH, pada semalam mengekalkan kedua-dua kerusi itu pada PRK dengan majoriti 18,641 undi di Pulai dan 3,514 di Simpang Jeram.

Suhaizan memperoleh 48,283 undi, menewaskan Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (29,642) dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi (528) di Pulai.

Manakala Nazri mendapat 13,844 undi di Simpang Jeram, mengalahkan calon PN Dr Mohd Mazri Yahya (10,330) dan bebas S Jeganathan (311).

PRK itu diadakan susulan kekosongan luar jangka akibat kematian penyandang, Salahuddin Ayub yang juga timbalan presiden Amanah pada 23 Julai lalu.

BBerkaitan

Latest articles