Kalau Tak Kerana PRU15, Mungkin Hari Ini BN-PH Masih Bermusuh

KUALA LUMPUR: Benarlah manusia hanya merancang, namun yang menentukan Allah SWT.

Itulah yang digambarkanSetiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki terhadap perang UMNO-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sekian lamanya dalam politik negara

Namuam siapa sangka, tempoh berperang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu akhirnya menemukan titik noktah buat kedua-dua gabungan itu

“Bayangkan, lapan bulan lalu, kita berentap dan berlawan dengan PH di pentas politik kerana nak menang dalam pilihan raya.

“Ketika itu masing-masing ego dan angkuh, merasakan parti mereka boleh menang pilihan raya dan membentuk kerajaan secara bersendirian.

“UMNO juga tidak terkecuali apabila parti membuat keputusan untuk menghadapi PRU ke-15 November lalu secara solo dengan slogan No DAP, No Anwar, No PPBM,” demikian memetik kenyataan Facebooknya hari ini.

Memandangkan keputusan PRU-15 tiada mana-mana parti menang majoriti apatah lagi dapat menubuhkan kerajaan secara bersendirian, maka atas kebijaksanaan Yang di-Pertua Agong menitahkan supaya semua parti bergabung untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Dr. Asyraf menceritakan bagaimana Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bermesyuarat selama empat jam lamanya bagi mempertimbangkan dan memperhalusi segenap aspek titah Agong itu.

Akhirnya, UMNO dan BN akur dengan titah Agong dan merungkai ketetapan terdahulu No DAP, No Anwar, No Bersatu, demi negara dan rakyat.

“Hasilnya, bukan sahaja UMNO malah semua 19 parti termasuk Sabah dan Sarawak akur dengan titah Tuanku kecuali satu yang masih keras dan sombong iaitu parti dari Perikatan Nasional (PN).

“Benarlah firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”.

“Semoga Allah berkati dan rahmati perjuangan ini dan mengampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles