Kalau hampa jantan, buka balik akaun Tik Tok Saya – Sanusi

BANDAR BAHARU – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan tindakan pihak yang menyekat akaun media sosial TikTok miliknya sebagai penakut.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mengarahkan pihak berkenaan supaya akaun tersebut dikembalikan.

“Dalam keadaan ‘perang’ ini mereka telah menyalahgunakan kuasa untuk mempengaruhi syarikat TikTok, untuk sekat TikTok saya sehingga saya tiada ruang untuk sampaikan (maklumat) dengan cepat kepada orang ramai katanya lapor Sinar Harian,

“Kalau hampa anak jantan, buka balik akaun TikTok saya,” katanya

Dakwa Muhammad Sanusi, dengan tindakan ‘drakonian’ Kerajaan PH-BN menyekat akaun TikTok itu telah membuatkan lebih ramai rakyat membenci gabungan tersebut.

“Saya tahu hampa takut kat saya tapi jangan tunjuk sangat kat orang,” katanya.

Beliau dalam masa sama menjelaskan, pegawainya telah mencipta akaun baharu buatnya pada ketika ini, namun belum melihatnya.

BBerkaitan

Latest articles