Jamali Shadat Meninggal Dunia

Pelakon komedi tersohor, Datuk Jamali Shadat meninggal dunia pagi ini.

Berusia 78 tahun, beliau dilaporkan tidak sedarkan diri pagi tadi sebelum disahkan meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan cucu Jamali iaitu Isyraq Ariff yang memuat naik gambarnya bersama datuk beliau dengan kapsyen ‘Selamat Tinggal Atan’.

Laporan Malaysia Gazette memetik Allahyarham mungkin dikebumkan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Indah, Klang.

Sebelum ini Jamali yang popular dengan watak Atan dikatakan mengalami masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi dan kencing manis.

BBerkaitan

Latest articles